SEMBAHYANG


Objektif Am :
  1. Pelajar dapat mengamalkan sembahyang sebagai amalan harian.
  2. Pelajar dapat mengetahui perbuatan dan bacaan-bacaan di dalam sembahyang.
  3. Pelajar dapat membiasakan diri untuk bersembahyang.
 ————————————————————————————————————————————————————————
  • Sembahyang ialah rukun Islam yang kedua yang wajib ditunaikan oleh setiap orang Islam yang Mukallaf setelah cukup syarat-syaratnya. Sembahyang juga merupakan ibadat terpenting dan menjadi asas kepada ibadat-ibadat yang lain.
  • Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W. yang maksudnya : ‘ Sembahyang itu tiang ugama, sesiapa yang menunaikannya bererti dia telah mendirikan ugama Islam dan sesiapa yang meninggalkannya maka dia telah menghancurkan ugama Islam ‘ (Diriwayatkan oleh al-Baihaqi).
  • Sesiapa yang mendirikan sembahyang akan mendapat pahala dan sesiapa yang meninggalkannya akan mendapat dosa dan azab yang pedih di akhirat.
  • Amalan yang mula-mula dihisab pada hari Khiamat ialah sembahyang. Jika sempurna sembahyang seseorang maka sempurnalah amalan-amalan yang lain dan begitu juga sebaliknya.
  • Dalam blog ini saya akan memaparkan tentang perkara-perkara yang terdapat didalam Rukun Sembahyang yang mana ianya amat penting untuk diketahui dalam melakukan perkara-perkara sembahyang.
  • Ianya juga menerangkan tentang lafaz niat shalat Fardhu, bacaan-bacaan didalam sembahyang, perbuatan-perbuatan sembahyang yang mana wajib dilakukan secara teratur dan tertib.
  • Dengan adanya penerangan dan paparan yang dipertontonkan, agar dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan yang sedia ada, dan diharap para pelajar dapat memahami dan mengamalkan dengan baik dan sempurna.

__________________________________________________________________________________________________

Sumber rujukan :

  1. Mohd. Zain bin Haji Serudin (Haji)(Dr)(Pehin Orang Kaya Ratna Diraja, Dato’ Seri Utama), Kitab Zainut Thalib (Perhiasan Penuntut), 1979. Negara Brunei Darussalam, Syarikat Mega.
  2. Buku Teks Pengetahuan Ugama Islam Menengah 1, Jabatan Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan, NBD

Gambar : Buku Teks Pelajaran Amali Ugama Darjah IV, Jabatan Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan, NBD

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s