Takbiratul Ihram


 Objektif :

  1. Pelajar dapat menjelaskan lafaz Takbiratul Ihram.
  2. Pelajar dapat menyatakan permasaalahan dalam menyebut lafaz Takbiratul Ihram.

________________________________________________________________________________

  • Takbiratul Ihram ialah lafaz ‘ الله أكبر ‘, wajib keatas orang yang berupaya mengucapkan lafaz ‘ الله أكبر ‘ itu.
  • Maka tidak sah sembahyang seseorang jika lafaz ‘ الله اكبر ‘ itu diganti dengan yang lain seperti ‘ الرحمن اكبر ‘ atau ‘ الله كبير ‘ atau ‘ الله عظبم ‘ serta mendahulukan perkataan ‘اكبر’ daripada perkataan ‘ الله  ‘ yakni ‘ أكبر الله ‘.
  • Sah sembahyangnya jika lafaz ‘ الله أكبر ‘ itu diceraikan seperti  ‘ الله الأكبر ‘, ‘  الله الجليل الأكير ‘ atau ‘ الله الرحمن الرحيم الأكبر ‘
  • Tetapi jika sifat yang menceraikan itu panjang seperti tiga sifat  ‘ الله الجليل العظيم الحليم الأكير ‘ maka sembahyangnya itu tidak sah.
  • Tidak harus mengganti lafaz ‘ الله أكبر ‘ dengan zikir yang lain dan hukum sembahyangnya adalah tidak sah.
  • Kecuali jika ia tidak berupaya menyebut lafaz ‘ الله اكبر ‘ sesudah ia mempelajarinya maka lafaz itu wajib diterjemahkan kedalam bahasa lain walaupun bukan bahasanya sendiri.
  • Membaca takbir ‘ الله أكبر ‘ disunatkan juga pada ketika hendak Ruku’ dan sujud, dan ketika bangun daripada sujud, serta ketika hendak berdiri sesudah Tahiyat Awal.

 

 

Penghargaan buat : onesayuti786

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s