Anggota Sujud


Objektif :

  1. Pelajar dapat menjelaskan anggota sujud ada 7 perkara.
  2. Pelajar dapat menyebutkan ketujuh-tujuh anggota sujud tersebut.
  3. Pelajar dapat membezakan perbuatan sujud diantara lelaki dan perempuan.

_________________________________________________________________________________________

Anggota sujud itu ada tujuh iaitu ;

  • Pertama : Dahi.
  • Kedua dan ketiga : Dua tapak tangan iaitu perut tapak tangan dan perut anak-anak jari.
  • Keempat dan kelima : Dua lutut.
  • Keenam dan ketujuh : Dua tapak kaki iaitu hujung anak-anak jari kaki.
  • Ketujuh-tujuh anggota sujud itu wajib diletakkan ditempat sembahyang, walaupun yang diletakkan itu sebahagian daripada tiap-tiap anggota itu seperti sebahagian daripada anak-anak jari yang satu dari tiap-tiap kaki dan tangan adalah memadai.
  • Manakala dahi tidak wajib ditekankan tetapi wajib ditetapkan bahkan sunat juga hukumnya membuka dua tangan dan dua kaki.
  • Tidak sah sujudnya jika kepalanya lebih tinggi daripada punggungnya atau bersamaan tinggi keduanya.
  • Ketika hendak sujud, sunat diletakkan terlebih dahulu dua lutut, kemudian dua tapak tangan, kemudia dahi dan akhir sekali hidung.
  • Bagi lelaki : Sunat ketika sujud itu merenggangkan dua lutut dan dua tapak kaki, dan merenggangkan perut daripada peha, dan merenggangkan siku daripada rusuk.
  • Bagi perempuan pula : sunat ketika sujud itu keadaan yang sebaliknya.

 

                                  

Gambar ini diperolehi daripada Pelajaran Amali Agama Darjah IV.

Penghargaan buat : Ustaz Rasul bin Dahri.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s