Ruku’ Serta Tuma’ninah Padanya


Objektif :

  1. Pelajar dapat menjelaskan maksud Ruku’.
  2. Pelajar dapat menyatakan maksud Tuma’ninah pada Ruku’.
  3. Pelajar dapat menyebutkan ketiga-tiga cara yang terbaik bagi perbuatan Ruku’ itu.

_________________________________________________________________________________________________________________

  • Ruku’ ialah membongkok kehadapan sekira-kira sampai dua tapak tangan orang yang sederhana kepada dua lututnya.
  • Tuma’ninah ialah berhenti selepas bergerak atau berhenti sekejap sekira-kira ada masa yang menceraikan di antara dua pergerakkan.
  • Manakala maksud Tuma’ninah pada Ruku’ ialah berhenti sekejap selepas Ruku’ sebelum bergerak mengerjakan Iktidal, sekurang-kurangnya ialah tetap sekelian anggota pada ketika Ruku’ itu sekira-kira ada masa yang menceraikan di antara perbuatan Ruku’ dengan perbuatan Iktidal. Sebaik-baiknya ialah berhenti bagi tempoh mambaca tiga kali tasbih yang ditentukan.
  • Disunatkan membaca Tasbih sebanyak tiga kali ketika Ruku’ iaitu : ‘ سبحان ربي العظيم وبحمده ‘
  • Cara yang baik ialah :-
  1. Membongkok kehadapan dengan menyamakan belakangnya dengan tengkoknya sekira-kira jadilah keduanya lurus sebagai sekeping papan.
  2. Serta meluruskan kakinya iaitu betis dan pahanya, dan dua tapak tangannya memegang dua lututnya.
  3. Serta menjarangkan anak-anak jarinya.

 

  

Penghargaan buat : onesayuti786

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s